Suara.com - Mandi wajib atau mandi junub merupakan mandi yang harus dilakukan oleh seseorang karena hadas besar seperti keluarnya air mani, berhubungan suami istri, bertemunya alat kelamin, haid hingga nifas. Bagaimana tata cara mandi wajib untuk laki-laki dan perempuan? Show
Perintah melaksanakan mandi wajib sebagaimana Allah SWT berfirman dalam Al-Quran surat An-Nisa ayat 43 sebagai berikut. "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. (QS. An-Nisa: 43) Mandi wajib dilakukan dengan menggunakan air suci dan bersih dengan air yang mengalir ke seluruh tubuh mulai dari ujung rambut hingga ujung kaki. Lantas bagaimana tata cara mandi wajib untuk laki-laki dan perempuan? Simak ulasannya berikut ini. Baca Juga: Cara Sholat Tahajud yang Benar, Lengkap dengan Bacaan Doanya Niat Mandi Wajib Sebelum melakukan mandi wajib, diharuskan terlebih dahulu bagi laki-laki dan perempuan untuk membaca niat mandi wajib terlebih dahulu. Niat mandi wajib setelah berhubungan suami istri “Nawaitul gusla lirof'il hadatsil akbari minal jinabati fardlon lillahi ta'ala” Artinya: "Aku niat mandi untuk menghilangkan hadats besar dari janabah, fardu karena Allah ta'ala." Baca Juga: Kapan Waktu yang Tepat Sholat Dhuha? Ini Penjelasan dan Tata Caranya Niat mandi wajib setelah haid dan nifas "Nawaitu ghusla liraf'il hadatsil akbar minan nifasi fardhan lillahi ta'ala." Artinya: "Dengan menyebut nama Allah aku niat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari nifas, fardu karena Allah Ta'ala." Perbedaan Mandi Wajib Laki-Laki dan Perempuan Tata cara mandi wajib bagi laki-laki dan perempuan tidak jauh berbeda. Namun berdasarkan dari hadist yang diriwayatkan Imam At-Tirmidzi, laki-laki diwajibkan menyela pangkal rambut sedangkan perempuan tidak perlu melakukannya. "Aku bertanya, wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ini perempuan yang sangat kuat jalinan rambut kepalanya, apakah aku boleh mengurainya ketika mandi junub? Maka Rasulullah menjawab, 'Jangan, sebetulnya cukup bagimu mengguyurkan air pada kepalamu 3 kali guyuran'" (HR. At-Tirmidzi) Tata Cara Mandi Wajib Laki-Laki 1. Membaca niat mandi wajib 2. Mengambil air dan basuh tangan sebanyak 3 kali 3. Membersihkan najis dan kotoran pada tubuh menggunakan tangan kiri 4. Berwudhu seperti biasa 5. Mengguyur kepala hingga sela-sela rambut hingga 3 kali dan membaca niat 6. Menyiram seluruh tubuh hingga 3 kali dimulai dari kanan secara merata. Pastikan lipatan kulit dan area yang sulit dijangkau dapat dibersihkan Tata Cara Mandi Wajib Perempuan 1. Membaca niat mandi wajib 2. Mengambil air dan basuh tangan sebanyak 3 kali 3. Membersihkan najis dan kotoran pada tubuh menggunakan tangan kiri 4. Berwudhu seperti biasa 5. Mengguyur kepala hingga 3 kali dan membaca niat (bagi perempuan rambut boleh tidak dikenakan air) 6. Menyiram seluruh tubuh hingga 3 kali dimulai dari kanan secara merata. Pastikan lipatan kulit dan area yang sulit dijangkau dapat dibersihkan Demikian informasi seputar tata cara mandi wajib bagi laki-laki dan perempuan beserta dalil dan bacaan niat yang wajib diketahui. Kontributor : Muhammad Zuhdi Hidayat Bagaimana niat mandi wajib dan cara mandi wajib yang betul? Ini adalah panduan paling lengkap mengenai cara mandi wajib selepas haid,
junub dan nifas, secara langkah demi langkah. Panduan ini juga akan menerangkan segala perkara yang berkaitan dengannya. Dan paling penting: Setiap bacaan dipermudahkan dengan ejaan rumi. Persoalan-persoalan lazim berkaitan mandi wajib turut disenaraikan untuk memudahkan anda membuat rujukan masalah. Definisi mandi menurut bahasa ialah mengalirkan air kepada seluruh badan. Dari sujud syarak pula, mandi wajib bermaksud mengalirkan air ke seluruh tubuh dengan niat tertentu. Mandi wajib bermaksud mengangkat (menghilangkan) hadas besar, seperti mandi junub, mandi kerana selesai haid atau nifas dan sebaliknya. Berikut saya sertakan beberapa cara niat mandi wajib secara umum dan secara khusus. Ini adalah niat umum untuk mandi wajib bagi keadaan junub, haid dan nifas. Nawaitu Raf ‘al Hadasil Akbari Lillahi
Ta’ala. Niat dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala Selain dari niat umum diatas, niat mandi wajib juga boleh dibaca secara khusus untuk Junub, Haid dan Nifas, seperti dibawah: Niat mandi wajib khusus bagi junub adalah seperti berikut: Nawaitul Ghusla ‘Anil-janabati Lillahi Taala Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala Niat mandi wajib khusus bagi haid adalah seperti berikut: Nawaitul Ghusla ‘Anil Haidhi Lillahi Taala Sahaja aku mengangkat hadas
haid kerana
Allah Taala.” Niat mandi wajib bagi nifas pula adalah seperti ini: Nawaitul
Ghusla ‘Anin-nafasi Lillahi Taala Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Nota: Bilakah perlu dibaca niat mandi wajib ini? Niat mandi wajib ini perlu dibaca apabila air telah menyentuh kulit tubuh kita. Niat boleh dilafazkan melalui mulut atau dibaca dalam hati. Segala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya perlu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW. Disini adalah saya tunjukkan cara langkah demi langkah cara mandi wajib mengikut adab dan sunat-sunatnya: Langkah Pertama Mula-mula kita hadapkan badan kita ke arah kiblat. Kemudian kita basuh kedua-dua tangan sebanyak tiga kali. Kemudian kita basuh kedua-dua tangan sebanyak tiga
kali. Setelah itu kita beristinjak yakni membasuh kemaluan, membuang najis dan benda-benda yang dapat menghalang sampainya air ke kulit badan kita. Langkah Kedua Kemudian, kita berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat. Tapi niatnya ialah: Sahaja aku berwuduk bagi melakukan mandi wajib, sunat kerana Allah Taala Langkah Ketiga Kemudian, bacalah basmallah (Bismillahir Rahmanir Rahim) dan berniat sambil mencurahkan air ke seluruh badan kita. Apabila air telah menyentuh kulit tubuh, maka niat untuk mandi wajib. Niatnya, seperti yang telah disebutkan dalam rukun mandi iaitu: Sahaja aku berniat mengangkat hadas besar kerana Allah Taala Atau boleh juga: Sahaja aku mandi wajib kerana kerana Allah Taala Langkah Keempat Kemudian sampaikanlah air ke seluruh tubuh, termasuk ke celah-celah jari-jari tangan, kaki, pangkal rambut, janggut, cuping telinga, lubang hidung, pusat dan lubang dubur. Rambut yang terikat hendaklah
diuraikan. Apabila air tidak kena pada salah satu daripada anggota badan maka mandi itu masih belum dianggap sempurna sahnya. Langkah Kelima Kemudian, jika kita mandi di sungai yang mengalir atau kolam yang airnya lebih dari dua kullah, maka dibolehkan menyelam ke dalam air. Lakukanlah sebanyak tiga kali selaman sambil berniat dan meratakan air ke seluruh tubuh dengan menggosok-gosok tangan ke seluruh badan, termasuk celah-celah yang boleh disampaikan air kepadanya. Langkah Keenam Kemudian, selepas semua itu dilakukan, maka berhentilah mandi, lalu baca doa ini: Doa Mandi WajibAsy-hadu Alla ilaha illallahu Wahdahu Lasyarikalah, Wa-Asy-Hadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Warasuluh. Maksudnya:
Peringatan:
Sebab-Sebab Perlu Mandi WajibMandi wajib adalah asas dalam kesucian kehidupan seorang muslim. Tanpa mandi wajib yang sah dan sempurna, solat dan ibadah kita yang lain tidak akan diterima oleh Allah. Oleh itu penting untuk kita memberi perhatian serius mengenai perkara ini. Terdapat beberapa perkara yang mewajibkan kita untuk mandi wajib. Antaranya adalah: 1. Bersetubuh (Berjimak) Sama ada keluar air mani ataupun tidak. Perlakuan ini ialah apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan perempuan) iaitu dengan memasukkan hasyafah (batasan zakar yang dikhatan) ke dalam faraj. Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW:
2. Keluar air mani secara sengaja ataupun tidak 3. Mati selain daripada mati syahid 4. Datangnya Haid bagi perempuan 5. Keluar darah Nifas (darah yang mengiringi selepas bersalin) 6. Wiladah (bersalin) Hukum Mandi WajibMandi wajib, dikenali sebagai mandi junub dan disebut juga sebagai mandi hadas besar. Hukum mandi wajib atau mandi hadas besar ini ialah WAJIB Jika sebab-sebab mewajibkan mandi itu berlaku ke atas diri seseorang, maka wajiblah dia mandi. Seandainya seseorang itu belum mandi wajib atau mandi junub, maka haramlah dia mengerjakan solat, haram menyentuh dan membawa al-Quran, membacanya, haram mengerjakan tawaf dan lain-lain yang diharamkan ketika dalam keadaan berhadas besar. Suruhan atau perintah mandi wajib ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Maidah, maksudnya:
Ini bererti jika seseorang itu dalam keadaan berhadas besar atau junub, maka wajiblah dia mandi agar dia suci daripada hadas dan kemudian boleh mengerjakan pelbagai macam ibadat. Rukun Mandi WajibRukun mandi wajib ada dua sahaja, iaitu:
Apabila kita telah melakukan dua perkara ini, maka sah lah mandi wajib tersebut. Syarat Sah Mandi WajibAntara syarat sah mandi wajib adalah menghilangkan najis dari badan. Bila seseorang ingin melakukan mandi wajib, maka disyaratkan untuk terlebih dahulu memastikan TIADA najis yang masih melekat pada mana-mana anggota badannya. Perkara Wajib & Sunat Semasa Mandi WajibTerdapat beberapa perkara yang wajib dan sunat dilakukan ketika mandi wajib Perkara Wajib
Perkara Sunat
Contoh Masalah Berkaitan Mandi WajibDisini dikumpulkan beberapa soalan lazim mengenai permasalahan cara mandi wajib Apakah Perbezaan Cara Mandi Wajib Diantara Lelaki & Perempuan? Tiada bezanya mandi wajib lelaki dan perempuan. Cuma bagi perempuan kenalah cermat sikit semasa meratakan air ke rambut dan celah celahan, supaya air sampai. Bagaimana Cara Menghilangkan Rasa Was-Was Semasa Mandi Wajib? Antara kaedah yang diajarkan ulama’ adalah jangan melayan perasaan was-was tersebut. Kaedah fiqh mengatakan “al-yakin la uzaalu bil-syak” iaitu ‘yakin tidak dibatalkan dengan keraguan’. Imam Suyuthi menyebutkan bahawa kaedah ini menjadi 3/4 daripada hukum fiqh. Adakah Mandi Wajib Itu Sah Sekiranya Mandi Berbogel? Hukum mandi telanjang adalah makruh dan sebahagian Syafieyyah menguatkan pendapat haram. Al-Hafiz berkata: “Yang masyhur adalah makruh jika bersendirian.” Justeru, sah mandi dalam keadaan telanjang tetapi hendaklah tidak di tempat terbuka atau dapat dilihat oleh orang lain. Begitu juga sepatutnya seseorang Muslim hendaklah menjaga maruahnya dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain. Bolehkah Kita Hanya Guna Niat: “Sahaja Aku Mandi Hadas Besar Kerana Allah Ta’ala” Untuk Mandi Hadas Haid, Nifas, Wiladah & Junub? Ya boleh. Dengan kita niat mengangkat hadas besar iaitu (mandi junub) maka terangkat kesemua semua hadas besar termasuklah mandi haid, nifas, wiladah dan lain-lain. Adakah Sah Menggunakan Sabun Mandi Atau Syampu Semasa Mandi Wajib? Adalah seeloknya kita mandi seperti biasa dahulu dan diikuti mandi wajib. Atau pun mandi wajib dahulu setelah semunya dah rata, maka bolehlah gunakan sabun dan syampu, takut berubahnya air mutlak disebabkan air sabun atau syampu. Adakah Perlu Mandi Wajib Sekiranya Bermimpi Namun Tidak Keluar Air Mani? Sesiapa yang bermimpi tetapi tidak keluar air mani, maka tidak perlu baginya untuk mandi wajib. Adakah Sah Mandi Wajib Sekiranya Terdapat Luka Yang Belum Kering? Untuk mandi wajib ketika ada anggota badan yang tidak boleh terkena air disebabkan mudarat, maka hendaklah dibalut dahulu angota tersebut supaya tidak terkena air. Ketika mandi wajib, wajib kita ratakan air ke seluruh badan melainkan anggota badan yang tidak boleh terkena air (yang berbalut ). Selepas selesai mandi wajib hendaklah bertayamum untuk menyempurnakan mandi wajib tersebut. Adakah Sah Mandi Wajib Apabila Saya Mengosok Qubul (Kemaluan Depan) atau Dubur Dengan Tangan? Sah mandi wajib apabila tangan menyentuh qubul atau dubur, tetapi hanya wuduk sahaja akan terbatal. Jika tidak mahu terbatalnya wuduk, mandi menggunakan kain basah dan gosok dengan berlapik di kawasan yang sulit. jika wuduk terbatal juga, boleh ambil semula wuduk selepas mandi junub. Adakah Doa Yang Perlu Dibaca Selepas Selesai Mandi Wajib? Selesai mandi wajib boleh sahaja terus keluar. Tetapi di sunatkan berdoa setelah keluar bilik air. Apakah Hukum Mandi Wajib Dengan Rambut Dreadlock? Mempunyai rambut dreadlock tidaklah menyebabkan air mandi wajib tidak sah. Mandi wajib hanya tidak sah apabila air tidak sampai ke rambut dan kulit kepala. Bolehkah Mandi Wajib Selepas Subuh Di Bulan Ramadan? Melewat-lewatkan mandi janabah selepas bersama isteri pada malam hari bulan Ramadan sehingga terbitnya fajar tidak menghalang sahnya puasa, sebaliknya makruh melakukan demikian itu. Justeru, sunat bersegera untuk mandi wajib sebelum terbitnya fajar. Adakah Sah Mandi Wajib Dengan
Rambut Yang Diwarnakan? Perlu dilihat pada bahan yang digunakan sebagai pewarna rambut. Jika sifatnya sama seperti inai, yakni boleh ditimbus air dan nipis, maka sah mandi wajib dan tidak perlu diulang. Jika tidak, maka boleh dipotong bahagian rambut yang diwarnakan tersebut, atau boleh dilunturkan (bleaching) sehingga hilang zat yang menghalang air sampai, kemudian dilaksanakan mandi wajib semula. Adakah Boleh Disekalikan Mandi Wajib Bagi Perempuan Wiladah dan Nifas? Berdasarkan pendapat Imam An-Nawawi Rahimahullah Taala, jika seorang perempuan itu mengalami haid, kemudian dia berjunub, atau sebaliknya, ketika dia berjunub dia didatangi haid, hukumnya tidak sah dia mandi mengangkat hadas junub ketika dia dalam keadaan haid. Ini kerana hadas junubnya tidak terangkat dalam keadaan seseorang itu masih dalam haid. Begitu juga sekiranya seseorang mengalami darah wiladah dalam keadaan masih mengalami darah nifas, maka ia hendaklah menunggu sehingga darah nifasnya selesai barulah ia mandi kerana wiladah dan nifas. Beberapa cara yang boleh diaplikasikan, antaranya: 1. Meniatkan setiap hadas besar yang dia alami dan dimaksudkannya. Contoh, jika dia mengalami dua hadas besar iaitu nifas dan junub maka diniatkan kedua-duanya sekali. “ Sahaja aku mengangkat hadas nifas dan junub” 2. Memadai niat hanya satu niat sahaja atau satu niat yang umum merangkumi kesemua hadas. “Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)” atau “Sahaja aku sahaja aku menunaikan fardhu mandi atau seumpama dengannya”. Kesimpulannya, menurut ulama fekah, sekiranya seseorang itu mengalami dua hadas besar atau lebih, hukumnya adalah sah jika dia mengangkat kesemua hadas tersebut sekaligus dengan satu mandi sahaja seperti mana yang keterangan yang disebutkan tadi. Adakah Wanita Istihadah Perlu Mandi Wajib? Wanita yang istihadah tidak perlu mandi hadas. Sama ada dia masih istihadah atau sudah sembuh dari istihadah, dia tidak perlu mandi wajib. Ini kerana Istihadah bukanlah darah haid atau nifas. Hukum
Mandi Wajib Di Kolam Atau Sungai Hukumnya sah. Sama ada dia mandi dalam air yang tenang (seperti kolam air) atau air yang mengalir (seperti sungai). Tapi jika dalam kolam mandi, mestilah kolam air itu melebihi 2 qullah (228 liter). Jika tidak sampai 2 qullah, air itu akan menjadi mustakmal apabila dibuat untuk mandi wajib. Cuma berbalik pada syarat sah cara mandi wajib, iaitu menyampaikan air pada seluruh anggota yg zahir (luaran) seperti keseluruhan rambut, bulu-bulu, bawah kuku, lubang telinga yang zahir (had yang sehinga boleh dimasuki jari), termasuk celah punggung dan zahir dubur (lubang tempat keluar najis yang fleksibel itu), yakni wajib dibukakan sedikit (diteran sedikit) dan dikenakan air padanya. Manakala pada rambut pula, jika ia disanggul wajib dibuka sanggulnya agar dikenakan air. Adapun anggota yang batin (dalaman) sahaja tidak wajib dikenakan air, seperti lubang telinga yang batin (yakni had yang tak boleh dimasuki jari) dan lubang hidung. Penutup Taharah atau bersuci merupakan suatu tugas yang sangat penting dalam kehidupan seorang muslim. Ia adalah punca atau asas penerimaan segala amal ibadat. Andai seseorang itu mengerjakan ibadah solat tetapi belum bersuci atau mandi wajib junub secara tidak sempurna, maka solatnya dikira tidak sah. Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda. Suka Apa Yang Anda Baca?Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA! Langkah langkah mandi wajib dan niat nya?Bacalah niat mandi wajib sebelum memasuki kamar mandi. Niat mandi wajib "Nawaitul ghusla li raf'il hadatsil akbari fardhan lillaahi ta'aalaa" Basuh tangan kanan dan kiri sebanyak 3 kali. Bersihkan dubur, kemaluan, dan bagian lain yang dianggap kotor seperti ketiak, pusar, dan sela jari kaki menggunakan tangan kiri.
Bagaimana cara mandi junub yg benar?Tata Cara Mandi Wajib Sesuai Sunnah. Awali dengan membaca niat mandi wajib.. Cuci atau basuh kedua tangan sebanyak tiga kali.. Bersihkan kemaluan dan bagian tubuh lain yang dianggap kotor atau tersembunyi menggunakan tangan kiri. ... . Kembali cuci kedua tangan, baik cukup dengan bilasan air atau dengan sabun.. Apa saja niat mandi junub?Nawaitul ghusla liraf'i hadatsil haidil lillahi Ta'aala. Artinya: Aku niat mandi wajib untuk mensucikan hadas besar dari haid karena Allah Ta'ala.
Niat dan langkah langkah mandi wajib pria?Adapun niat mandi wajib laki dan artinya adalah sebagai berikut: Bismillahirahmanirahim nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbar minal janabati fardlon lillahi ta'ala. Artinya: "Dengan menyebut nama Allah aku niat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari jinabah, fardu karena Allah Ta'ala."
|