Kapan waktu yang tepat untuk mengkonsumsi minyak zaitun?

Terdapat pelbagai cara penggunaan dan minum minyak minyak zaitun, saya akan kongsikan tips dan cara dan tips pengambilan minyak zaitun berdasarkan pengalaman dan kajian yang dilakukan.

Kelebihan minyak zaitun telah terbukti sejak sekian lama, malah ianya dinukilkan di dalam Al-Quran dan Hadis. Minyak zaitun ialah makanan bernutrisi tinggi yang mempunyai banyak manfaat, seperti membantu proses menurunkan berat badan dan boleh mencantikkan kulit.
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah)

Tips dan panduan mengamalkan minyak zaitun:

Tips 1 – Jenis Minyak Zaitun

Pastikan hanya mengambil minyak zaitun Extra Virgin (EVOO – Extra Virgin Olive Oil) untuk diminum.
EVOO ialah minyak zaitun yang dihasilkan melalui proses perahan mekanikal tanpa menggunakan haba.
Khasiat dan kualiti minyak zaitun akan terjejas sekiranya terdedah kepada 3 unsur, iaitu Haba, Cahaya dan Udara.

Tips 2 – Waktu Minum Minyak Zaitun

Minum minyak zaitun semasa perut kosong di waktu pagi sebelum sarapan dan waktu malam sebelum tidur.
Dengan cara ini, usus terlebih dahulu menerima minyak zaitun dan menyerap khasiat yang ada padanya sebelum makanan lain masuk ke dalam perut.
Minyak zaitun membantu meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan ke dalam perut.
Kaedah ini berkesan untuk membantu masalah sembelit dan juga melanacarkan sistem pencernaan.

Mengambil minyak zaitun selepas makan tidak menjadi kesalahan kerana ianya dapat membantu proses penyerapan nutrien dari makanan yang diambil.
Namun pengambilan sebelum makan adalah lebih baik bagi memastikan khasiat maksimum diperolehi.

Tips 3 – Cara Pengambilan atau Minum Minyak Zaitun

Kaedah pengambilan minyak zaitun yang paling terbaik ialah dengan meminumnya begitu sahaja tanpa kapsul atau dicampur dengan bahan lain.
Ini bagi memastikan tubuh anda menyerap semaksimum mungkin khasiat yang terkandung dalam minyak zaitun secara terus, justeru memberikan kesan yang hebat kepada kesihatan luaran dan dalaman.
Berbanding yang menggunakan kapsul atau softgel, gelatin itu perlu cair terlebuh dahulu sebelum minyak zaitun dapat dikeluarkan.
Penggunaan kapsul atau softgel akan mengurangkan khasiat minyak zaitun kerana perlu melalui proses yang melibatkan penggunaan haba.
Memakan sesuatu makanan yang bersentuhan dengan lidah mampu secara langsung mampu memaksimumkan khasiat untuk diserap terus sebaik sahaja menyentuh lidah sehinggalah ke usus.

TIPS 4 – Kuantiti dan Kekerapan Minum Minyak Zaitun

Untuk mereka yang tidak mempunyai apa-apa peyakit, kajian menunjukkan, jumlah optimum meminum minyak zaitun ialah sebanyak 2 sudu makan setiap hari.
Samada mengambil 2 sudu terus di waktu pagi sebelum sarapan, atau 1 sudu waktu pagi sebelum sarapan dan 1 sudu waktu malam sebelum tidur (kaedah kedua lebih disarankan).
Untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti saking jantung, kencing manis dan darah tinggi dan sebagainya, anda boleh (atau perlu) mengambil pada kuantiti yang lebih bergantung kepada tahap masalah yang dihadapai.
Rujuk kepada penasihat pemakanan untuk khidmat nasihat lebih lanjut.

Tips 5 – Cara-cara Lain Pengambilan Minyak Zaitun

Selain diminum secara terus, minyak zaitun juga boleh disajikan dengan makanan yang lain. Anda boleh menggantikan penggunaan mentega dan marjerin kepada minyak zaitun.
Cara ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang mengamalkan diet bagi menggantikan marjerin yang dikategorikan sebagai lemak trans (tans-fat) berbanding minyak zaitun sebagai lemak sihat. Caranya anda hanya perlu membakar roti kemudian sapukan sedikit atau cicah bersama minyak zaitun.
Minyak zaitun juga boleh dijadikan sebagai ‘dressing’ untuk salad. Hanya perlu masukkan minyak zaitun ke dalam sayur kegemaran anda.

TIPS 6 – Minyak Zaitun Untuk Kegunaan Luaran

Seperti yang disebut di dalam Hadis di atas, minyak zaitun juga disarankan untuk kegunaan luaran seperti disapukan kepada kulit, rambut, wajah dan seluruh anggota badan.
Kandungan antioksida di dalam minyak zaitun membantu melembapkan kulit disamping mencerah dan meremajakan wajah anda.
Ianya sangat membantu bagi mereka yang ada masalah kulit kering, wajah berjeragat atau mempunyai masalah kulit seperti eczema.
Boleh sapukan nipis pada wajah sebelum tidur atau pada kulit yang bermasalah dan juga dijadikan minyak untuk urutan bagi bahagian yang sakit.

Tips 7 – Minyak Zaitun Untuk Rawatan Kanser

Kajian di dalam Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat.
Kami akan kongsikan di dalam artikel seterusnya.

Dapatkan Minyak Zaitun Extra Virgin Asli Olive House Sekarang.


Kapan waktu yang tepat untuk mengkonsumsi minyak zaitun?


Kapan waktu yang tepat untuk mengkonsumsi minyak zaitun?

Kapan waktu terbaik untuk minum minyak zaitun?

Beberapa ahli menganjurkan untuk mengkonsumsi minyak zaitun saat perut kosong atau sebelum makan.

Bolehkah minum minyak zaitun malam hari?

Selain melancarkan pencernaan, manfaat minum minyak zaitun sebelum tidur juga dapat membantu meminimalisir risiko terkena penyakit kanker usus besar.

Bolehkah minum minyak zaitun saat perut kosong?

Dengan meminum satu sendok minyak zaitun dalam keadaan perut kosong, Anda akan memperoleh beberapa manfaat kesehatan. Penasaran? Minyak zaitun melindungi sel dari kerusakan yang mengarah pada kanker. Minyak zaitun juga dapat menyembuhkan sakit pada usus besar dan memberikan bantuan saat sedang sembelit.

Berapa kali sehari minum minyak zaitun?

Ya, extra virgin olive oil bisa dikonsumsi langsung setiap hari dengan takaran 1 – 2 sendok makan. Meminum minyak zaitun langsung juga bisa menjaga kandungan manfaat dari minyak zaitun diterima tubuh secara utuh agar mampu mengaktifkan fungsi antiinflamasi.