AKURAT.CO, Salat Subuh adalah salat yang harus dilakukan ketika seseorang baru bangun dari aktivitas tidur. Tidak jarang seseorang sulit menemui waktu salat Subuh dengan tepat karena kesiangan ataupun alasan yang lainnya. Show
Bagi sebagian orang, salat Subuh merupakan salat yang amat berat untuk dilakukan melihat waktunya yang amat pagi. Namun demikian Rasulullah memberikan gambaran bahwa salat Subuh adalah salat yang memiliki pahala yang besar karena seseorang harus berjuang melawan kantuk. Lantas apa yang harus dilakukan ketika seseorang telat melakukan salat Subuh dan waktunya sudah keluar dari waktu Subuh itu sendiri? Para ulama mengatakan orang yang tertinggal melakukan salat Subuh adalah menqodho salatnya.
Niat yang dibaca ketika salat qodho Subuh tidaklah sama seperti niat salat Subuh seperti biasanya. Berikut adalah niat yang harus dibaca seseorang yang tertinggal salat Subuh: أصلي فرض الصبح ركعتين مستقبل القبلة قضاء لله تعالى Usholli fardha as-subhi rak’ataini mustaqbil al-qiblati qadhâan lillâhi ta’âla. Allâh akbar Salat qadha boleh dilakukan oleh umat Islam manakala seseorang tertidur atau lupa dengan waktu salatnya. Dua alasan ini yang membolehkan seseorang untuk mengganti salat yang tertinggalnya menggunakan salat qadha. Sementara jika sengaja meninggalkan salat para ulama tidak membolehkan salat qadha. Ibn Rusyd menegaskan bahwa tidak ada nash yang jelas memerintahkan qadha kepada orang yang sengaja meningggalkan Shalat . Sedangkan qiyas dengan orang karena lupa atau ketiduran itu tidak boleh dalam ibadah menggunakan qiyas. (Ibnu Rusyd, Bidayat al- Mujtahid). Pada intinya bahwa ketika kita tertinggal waktu salat, salat apapun, yang disebabkan karena lupa atau tertidur, maka kita boleh menggantinya dengan salat qadha. [] Ini adalah panduan qada solat iaitu cara menggantikan solat. Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan qada solat yang betul. Apa yang menarik: Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam niat solat qada fardu lima waktu bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab. Semoga panduan ini dapat membantu anda menggantikan solat dengan sempurna. Maksud Qada SolatApakah maksud qada solat? Qada ( قضاء ) bermaksud menunaikan solat diluar waktunya. Oleh itu, qada solat bertujuan menggantikan solat yang tertinggal. Menurut mazhab as-Syafi’e, seseorang dikira sempat menunaikan solat secara tunai apabila dia sempat menghabiskan rakaat yang pertama dalam waktu solat tersebut. Sebaliknya, mengerjakan solat secara qada adalah melakukan solat selepas waktunya. Apabila seseorang tidak menunaikan solat pada waktunya, dia mesti menggantinya dengan menunaikan solat yang telah ditinggalkan pada waktu lain. Orang yang tertidur, gila dan hilang akal ketika murtad diwajibkan untuk mengqadakan solat. Hukum Qada SolatApakah hukum qada solat? Bagi mereka yang meninggalkan solat fardu diwajibkan menggantikan solat tersebut. Ibn Mas’ud r.a menceritakan bahawa ketika Perang Khandak, Rasulullah SAW telah disibukkan dengan serangan Musyrikin sehingga terbenam matahari sedangkan Baginda tertinggal solat empat waktu. Lalu Baginda meminta Bilal melaungkan azan, dan Baginda berdiri menunaikan solat Zuhur, kemudian Asar, kemudian Maghrib dan seterusnya Isyak (Riwayat al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ahmad) Hukum melewatkan solat tanpa keuzuran (dengan sebab yang benar-benar mendesak), apalagi diluar waktunya, adalah berdosa besar. Ini adalah satu maksiat besar yang tidak boleh dihilangkan kecuali dengan mengqadakan solat yang ditinggalkan. Seseorang yang melakukannya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat untuk tidak mengulanginya. Bagaimanakah niat untuk qada solat? Berikut dinyatakan niat qada solat untuk setiap solat fardu: Niat Qada Solat SubuhNiat qada Solat Subuh adalah seperti berikut: Usolli Fardhos-Subhi Rak’ataini Qadaan Lillahi Ta’ala
Niat Qada Solat MaghribNiat qada Solat Maghrib adalah seperti berikut: Usolli Fardhol Maghribi Salasa Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala
Niat Qada Solat IsyakNiat qada Solat Isyak adalah seperti berikut: Usolli Fardhol isya’i Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala
Niat Qada Solat ZuhurNiat qada Solat Zuhur adalah seperti berikut: Usolli Fardhoz-Zuhri Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala
Niat Qada Solat AsarNiat qada Solat Asar adalah seperti berikut: Usolli Fardhol Asri Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala
Cara Qada Solat Yang TertinggalWajib bagi seseorang yang telah meninggalkan solat untuk mengqada (menggantikan) solatnya itu dengan segera. Bahkan dibenarkan mengantikan solat sekali pun pada waktu yang diharamkan solat (waktu tahrim) seperti selepas asar, selepas subuh dan sebagainya. Cara mengqadakan solat adalah seperti berikut: 1. Apabila meninggalkan solat sewaktu musafir dan hendak diqadakan selepas habis tempoh musafir, maka perlu diqadakan solat secara sempurna (tidak boleh diqasar dan jamak). 2. Solat yang ditinggalkan ketika musafir dan hendaklah diqada ketika masih dalam tempoh musafir. Solat juga boleh di qada ketika bermusafir pada waktu lain, secara sempurna atau diqasar. (terdapat khilaf mengenai perkara ini dalam kalangan beberapa ulama) 3. Solat yang ditinggalkan ketika menetap (bermukim) wajib diqada secara sempurna (tamam) dan tidak boleh diqasar meskipun diqada ketika musafir. 4. Bacaan solat boleh dibaca dengan nyaring (untuk imam atau solat seorang diri) sekiranya waktu mengerjakan qada solat pada waktu malam iaitu selepas terbenam matahari hingga terbit matahari. Sekalipun solat tersebut adalah bukan dari jenis solat yang dibaca nyaring (seperti Zuhur dan Asar). Sebaliknya, bacaan solat dibaca perlahan apabila solat yang diqada tersebut dikerjakan pada waktu siang, bermula dari terbit matahari hingga terbenam matahari. 5. Tidak salah mengerjakan qada solat secara berjemaah apabila waktu itu terdapat dua orang atau lebih yang sama-sama mahu mengganti solat mereka. 6. Sunat mengerjakan qada solat secara tertib (mengikut urutan). Misalnya, solat qada Zuhur dahulu, kemudian baru solat qada Asar. Orang yang meninggalkan solat fardu Zuhur dan mahu mengqadanya dalam waktu Asar, sebaik-baiknya mengerjakan qada solat Zuhur dahulu sebelum mengerjakan solat Asar secara tunai. Kecuali apabila waktu asar itu tinggal sedikit dan dikhuatiri habis waktu sebelum sempat menunaikan solat Asar, wajib untuknya menunaikan solat Asar dahulu diikuti dengan qada solat Zuhur. Lupa Bilangan Solat Yang Tertinggal Lama
Ulama mazhab Syafi’e menetapkan orang yang mempunyai terlalu banyak solat yang ditinggalkan sehingga tidak tahu jumlahnya, hendaklah mengqadakan solat-solat tersebut sehingga diyakini semuanya telah diganti. Oleh itu, sesiapa yang meninggalkan solat selama 20 atau 30 tahun wajib menggantinya sedikit demi sedikit berdasarkan kemampuannya. Ini dilakukan sehingga kita yakin semuanya telah diganti. Contohnya: Seseorang yang meninggalkan solat selama 2 tahun boleh menggantikan setiap solat fardu yang ditinggalkan selepas solat tunai. Misalnya selepas solat subuh ataupun sebelum, dan boleh menggantikan satu ataupun dua solat subuh yang ditinggalkan. Perkara ini dilakukan selama setahun ataupun dua tahun hingga yakin semua solat yang ditinggalkan sudah diganti. Sekiranya dia mampu melakukan lima solat waktu pada setiap waktu tunai, maka dia boleh melakukannya. Waktu Qada SolatSolat yang tertinggal wajib disegerakan qada. Manakala harus hukumnya melewatkan qada solat apabila pada waktu yang sama seseorang itu berhadapan dengan keperluan lain yang lebih mendesak. Contohnya dia terpaksa mencari nafkah untuk keluarga dan sebagainya. Dengan kata lain, walaupun sebaik-baiknya dilakukan sesegera mungkin, namun ada kelonggaran untuk mengerjakannya dalam tempoh waktu yang panjang. Contohnya seorang muslim yang bertahun-tahun meninggalkan solat, insaf dan mahu menebus dosa-dosanya. Wajib untuknya mengerjakan solat lima waktu seperti biasa di samping berusaha mengqada solat yang ditinggalkan. Apabila tidak pasti jumlahnya, perlu dilakukan solat qada sehingga dirasakan yang tanggungannya telah selesai. Dibolehkan mengqada satu atau lebih jenis solat pada setiap waktu solat. Sama ada selepas atau sebelum ditunaikan solat fardu. Sehingga dirasakan hutang solatnya dengan Allah SWT telah selesai. Adakah Wanita Yang Haid dan Nifas Perlu Qada Solat?Wanita yang haid dan nifas tidak wajib mengganti solat (qada) untuk waktu-waktu yang tertinggal semasa haid dan nifas itu. Tetapi ada beberapa situasi yang perlu diberi perhatian:
Wanita berkenaan perlu mandi wajib dan mengerjakan solat waktu tersebut secara tunai (sekiranya sempat). Dia juga mesti mengerjakan secara qada untuk solat yang sebelumnya. Jika dia tidak sempat mengerjakan solat dalam waktu darahnya telah kering, maka dia wajib mengganti solat waktu yang tertinggal dan solat yang sebelumnya itu. ? Penjelasan lanjut mengenai masalah ini boleh dilihat pada pautan ini: Adakah Kena Qada Solat Zohor Jika Suci Dari Haid Pada Waktu Asar? Adakah Perlu Qada Solat Jika Pernah Murtad?Orang murtad iaitu keluar daripada agama Islam, maka dianggap berdosa besar. Sekiranya dia kembali semula kepada Islam, wajib dia mengqada solatnya selama dia murtad. Bahkan wajib dia mengqada solatnya selama dia masih Islam sebelum dia murtad dahulu. Hal ini disebabkan, apabila seseorang telah keluar daripada agama Islam, maka seluruh amalannya sebelum itu terbatal kecuali ibadah haji yang hanya terbatal kerana syirik yang berserta kematian. Adakah Wajib Qada Solat Jika Mabuk, Hilang Akal & Tidak Sedarkan Diri?Seorang yang minum minuman keras hingga mabuk dan tidak sedarkan diri, memandu dengan cara berbahaya dan berlaku kemalangan hingga tidak sedarkan diri, atau apabila dia melakukan apa-apa sahaja perkara yang membahayakan dengan sengaja hingga menyebabkan hilang akalnya.. … maka wajib dia mengqada solatnya selama dia hilang akal setelah dia pulih. Akalnya hilang disebabkan perkara yang diharamkan, maka kewajipan tidak akan gugur daripadanya. Masalah-Masalah Berkaitan Qada SolatDi sini saya kumpulkan beberapa soalan lazim mengenai qada solat yang mungkin membantu anda menjawab persoalan yang sedang anda hadapi: Hukum Tinggal Solat Kerana Terlupa atau Sakit
Jawapan: Solat yang tertinggal sama ada secara sengaja ataupun terlupa, wajib diqada sebaik sahaja mengingatinya. Ataupun sekiranya tidur, sebaik sahaja terjaga daripada tidur terus diqada solat yang terlepas. Solat wajib ditunaikan walaupun ketika sakit dengan menggunakan rukhsah-rukhsah yang Allah berikan seperti tayamum sekiranya tidak dapat menggunakan air, solat duduk ataupun baring sekiranya tidak dapat berdiri dan sebagainya. Adakah Bacaan Perlu Kuat Bila Qada Solat Isyak?
Jawapan: Tidak harus membaca dengan nada kuat untuk solat fardu yang dilakukan pada waktu siang. Sama ada solat itu dilakukan pada waktunya ataupun qada. Begitu juga, disunatkan membaca dengan kuat untuk solat fardu yang dikerjakan pada waktu malam, walaupun solat pada zuhur ataupun asar. Perlu Buat Solat Qada Dahulu Atau Solat Tunai Dahulu?
Jawapan: Solat qada tidak wajib dilakukan mengikut tertib, tetapi disunatkan supaya mengikut tertib. Dalam keadaan di atas, solat asar perlu didahulukan daripada solat qada zohor. Bagaimanapun, meninggalkan solat kerana sibuk bermain adalah berdosa, kita perlu bertaubat dan tidak mengulanginya lagi. Cara Qada Solat Yang Ditinggalkan Secara Berturutan
Jawapan: Tunaikan solat fardu isyak tunai dahulu. Selepas itu kerjakan solat qada mengikut tertib iaitu solat qada zohor, asar dan seterusnya maghrib. Cara Qada Solat 6 Waktu Solat
Jawapan: Harus mengqada solat-solat ini tanpa mengikut tertibnya. Bolehkah Solat Sunat Tahiyyatul Masjid Jika Masih Belum Selesai Qada Solat?
Jawapan: Tiada larangan untuk anda melakukan solat sunat. Tetapi mengapa perlu melakukan yang sunat sedangkan anda boleh melakukan yang wajib, sekaligus mendapat pahala wajib dan diampunkan dosa akibat meninggalkan yang wajib. Untuk solat tahiyatul masjid, anda boleh melakukan melakukan solat qada subuh ataupun solat lain ketika masuk ke masjid, sebelum anda duduk. Dengan melakukan solat qada ini, anda sudah mendapat pahala solat wajib dan mendapat pahala solat sunat tahiyatul masjid. Kerana yang disyaratkan pada solat tahiyatul masjid, adalah solat selepas masuk ke dalam masjid dan sebelum duduk. Solat ini adalah sebagai penghormatan kepada masjid. Sudah tentu solat qada yang dilakukan menepati kehendak solat tahiyatul masjid.
Qada Solat Secara Jamak & Qasar
Jawapan: Sekiranya anda tidak merancang bagi bermukim di destinasi ini lebih daripada tiga hari, anda masih dianggap sebagai musafir yang mendapat rukhsah jamak dan qasar solat. Dalam keadaan ini, anda masih boleh mengqada solat zohor dan asar dengan memendekkan menjadi dua rakaat. Tetapi anda tidak boleh menjamakkannya kerana kedua-duanya sudah keluar daripada waktunya. Bolehkah Mengqasarkan Solat Yang Ditinggalkan Semasa Musafir?
Jawapan: Solat yang ditinggalkan ketika musafir tidak lagi boleh diqasar apabila perjalanan itu tamat. Solat isyak itu perlu diqada penuh empat rakaat (tamam) Hukum Qasar Solat Qada Pada Perjalanan Terdahulu Dalam Perjalanan Yang LainSoalan:
Jawapan: Terdapat khilaf (pertembungan) jawapan ulama mengenai hal ini. Secara umumnya: Anda boleh qasar solat zohor yang ditinggalkan dalam pemusafiran yang lalu walaupun telah berada dalam pemusafiran yang lain. Tetapi adalah lebih baik disegerakan qada solat tersebut. Hukum Qada Solat Yang Tertinggal Semasa Bermukim Ketika Musafir
Jawapan: Anda tidak boleh mengqasarkan solat-solat yang sudah anda tinggalkan ketika bermukim ketika anda sedang musafir. Adakah Perlu Baca Kuat Jika Qada Maghrib Pada Waktu Siang Hari?
Jawapan: Apabila melakukan solat pada waktu siang tidak disunatkan menguatkan bacaan walaupun solat yang diqada itu adalah solat waktu malam. Adakah Perlu Baca Kuat Jika Qada Solat Asar Pada Waktu Malam?
Jawapan: Disunatkan anda membaca surah dengan kuat kerana solat itu dilakukan pada waktu malam. Adakah Orang Yang Pernah Gila Perlu Qada Solat?
Jawapan: Orang yang mengalami masalah mental atau gila tidak diwajibkan qada solat-solat yang ditinggalkan ketika dalam keadaan itu. Ini kerana penyakit ini selalunya menimpa seseorang dalam tempoh yang lama hingga memakan masa bertahun-tahun. Sekiranya diwajibkan mengqada semua solat-solat ini, sudah tentu sangat membebankan. Adakah Orang Pengsan Perlu Qada Solat?
Jawapan: Orang yang pitam atau pengsan wajib mengganti solat yang tertinggal ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri itu. Ini kerana pengsan atau pitam selalunya hanya akan berlaku dalam masa yang singkat, berbeza dengan orang gila. Begitu juga halnya orang yang tertidur sehingga terlepas waktu solat. Penutup: Solat Yang Tertinggal Wajib DigantiBagi mereka yang meninggalkan kewajipan solat fardu atau ibadah lain, diwajibkan menggantikannya. 1. Ibnu Mas’ud r.a menceritakan bahawa ketika Perang Khandak, Rasulullah SAW telah disibukkan dengan serangan musyrikin sehingga terbenam matahari sedangkan Baginda tertinggal solat empat waktu. Lalu Baginda meminda Bilal melaungkan azan, dan Baginda berdiri menunaikan solat Zuhur, kemudian Asar, Kemudian Maghrib dan seterusnya Isyak. (Riwayat Tirmizi, Nasai’e dan Ahmad) 2. Orang yang meninggalkan ibadah wajib hendaklah menggantikannya berdasarkan umum sabda Rasulullah SAW, begitu juga solat fardu yang ditinggalkan hendaklah digantikan. Sabda Nabi:
3. Orang yang sengaja meninggalkan solat fardu tanpa keuzuran telah melakukan dosa dan wajib menggantikannya. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Saya berharap agar panduan ini dapat membantu memudahkan anda dalam melaksanan solat ganti. Jika terdapat sebarang persoalan atau kemusykilan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan di bawah. Bagaimana jika tidak sholat subuh karena ketiduran?Ketika melewatkan sholat subuh karena tertidur atau lupa, maka ini dianggap sebagai unsur ketidaksengajaan dan masih diperbolehkan. Artinya, orang tersebut tidak berdosa namun tetap harus menunaikan sholat subuh dengan mengqadla.
Bolehkah meng qodho sholat subuh di waktu Dzuhur?Shalat qodho subuh dapat dilakukan sebelum dzuhur setelah dzuhur setelah ashar, tidak harus menunggu subuh hari besok. Tidak ada aturan tertentu mengenai waktu pelaksanaannya.
Bagaimana cara mengganti shalat subuh yang tertinggal?Tidak boleh ditunda atau diselingi terlebih dahulu dengan melakukan shalat yang lain. Para ulama juga sepakat bahwa jika seseorang terlewat beberapa waktu shalat dalam satu hari yang sama, maka cara menggantinya adalah dengan mengurutkan sholat-sholat tersebut berdasarkan waktu.
Apakah bisa shalat subuh di qadha?Meskipun lupa tidak shalat tersebut berkali-kali, tetap hukumnya wajib untuk meng-qadha'-nya. Namun demikian, lupa atau terlewat dari waktu shalat tersebut apabila benar-benar tidak disengaja. Maka ketika bangun dari tidur atau sesudah ingat belum shalat segera laksanakan shalat. Itulah yang disebut qadha.
|